PENERANGAN :
Rakyat Malaysia sangat mewah dengan fesyen terutamanya
kaum wanita. Terdapat pelbagai jenis fesyen pakaian Melayu antaranya baju
kebaya, jubah dan kurung moden. Pakaian Melayu kontemporari sesuai dipakai ke
majlis formal dan tidak formal. Ia bukan sahaja menarik, malah selesa dan tidak
menjolok mata dan sesuai digayakan ke tempat kerja.
1.
ASAL USUL PAKAIAN MELAYU KONTEMPORARI
Sebelum kurun ke 20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat
awam. Tetapi setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih
sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga
ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung
juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik.
Lazimnya pakaian ini di padankan dengan selendang atau tudung kepala.
2.
ILUSTRASI REKAAN PAKAIAN
Ilustrasi rekaan pakaian terbentuk dengan pelbagai kaedah dan teknik
penggayaan, cara melukis dan mewarna. Ianya bukan tertumpu sekadar melihat atas
dasar cantiknya rekaan fesyen tersebut. Ilustrasi rekaan lebih menekankan
bagaimana hendak menterjemahkan teknik melukis pada keseluruhan bermula dari
gaya muka, struktur badan dan bentuk posture figura, alunan fabrik, corak
fabrik, rekaan pakaian dan teknik mewarna supaya ilustrasi dapat terhasil
dengan sempurna dan berkesan.
3.
ELEMEN DAN PRINSIP REKAAN
Terdapat
enam elemen dan prinsip rekaan apabila melakukan kerja-kerja seni. Ini adalah
faktor asas kerana elemen rekaan akan mencantikkan karya seni.
3.1 Garisan
Diapalikasikan untuk mencipta berbagai-bagai rupa, jalinan,
ton warna dan corak. Ia juga dapat menghasilkan ruang, bentuk dan pergerakan. Garisan
merupakan cantuman antara titik yang digerakkan dari satu arah. Ia wujud dalam
pelbagai kesan samada lurus, bengkok, tebal, nipis, bergerigi dan sebagainya
mengikut kehendak pereka.
3.2 Bentuk
Mempunyai lebih dari satu permukaan
datar. Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Berubah mengikut arah pandangan
dikenali sebagai bentuk konkrit yang bersifat tiga (3) dimensi. Terdapat satu
jenis bentuk lagi yang dipanggil sebagai bentuk ilusi. Imej yang terbentuk
dalam keadaan dua (2) dimensi (2D) ini telah direka atas satu permukaan yang
rata tetapi dapat menggambarkan bentuk (3D) yang sebenar.
3.3 Tekstur
Kesan atau sifat yang terdapat pada
sesuatu permukaan yang boleh dilihat dengan mata kasar dan sentuhan. Tekstur /
jalinan pada objek alam atau benda buatan manusia membuatkan objek-objek
tersebut lebih cantik dan menarik.
i.
Jalinan
pandangan mata kasar
Kesan
hanya dapat dilihat tetapi tidak boleh dirasai melalui sentuhan.
Contoh
: kertas pembalut hadiah, kulit tembikai , corak pada fabrik dan lain-lain.
ii.
Jalinan sentuh
Dapat
dirasai melalui deria sentuh apabila di pegang akan terasa kasar , licin dan
lain-lain.
Contoh
: permukaan tapak kasut , permukaan kulit kayu permaidani.
3.4 Rupa
Adalah pertemuan antara dua titik. Satu
kawasan yang rata atau berbeza yang dilingkari oleh garisan-garisan luar. Boleh
diolah dalam bentuk positif dan negatif.
Terdapat dua jenis rupa iaitu :
i.
Rupa
geomatik
ii.
Rupa
organik
3.5 Warna
Tindak balas cahaya ke atas sesuatu
permukaan. Warna mampu mempengaruhi perasaan dan emosi. Warna wujud dalam
pelbagai kelompok yang berbeza iaitu warna asas, sekunder, dan tertier. Fungsi
warna adalah untuk menimbulkan rupa, jalinan dan dapat menimbulkan bentuk dan
ruang.
4.
RUANG
Kawasan kosong di sekeliling sesuatu
objek. Perbezaan saiz objek dapat menimbulkan ruang dekat dan jauh. Objek yang
berada di hadapan akan kelihatan besar berbanding objek yang sama tetapi jika
diletak dibelakangnya adalah lebih kecil. Maka kesan ruang akan terserlah
apabila sesuatu rekaan dibuat jika unsur-unsur warna digabungkan.
4.1
Prinsip
rekaan dalam ilustrasi
i.
Rhythm ( irama/ rentak)
ii.
Keseragaman ( harmony)
iii.
Seimbang ( balance )
iv.
Berkadaran ( proportion )
v.
Visual penekanan ( emphasis )