Sunday, 22 July 2012

pakaian melayu kontemporari


PENERANGAN :

Rakyat Malaysia sangat mewah dengan fesyen terutamanya kaum wanita. Terdapat pelbagai jenis fesyen pakaian Melayu antaranya baju kebaya, jubah dan kurung moden. Pakaian Melayu kontemporari sesuai dipakai ke majlis formal dan tidak formal. Ia bukan sahaja menarik, malah selesa dan tidak menjolok mata dan sesuai digayakan ke tempat kerja.

1.    ASAL USUL PAKAIAN MELAYU KONTEMPORARI
Sebelum kurun ke 20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Tetapi setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini di padankan dengan selendang atau tudung kepala.

2.    ILUSTRASI REKAAN PAKAIAN
Ilustrasi rekaan pakaian terbentuk dengan pelbagai kaedah dan teknik penggayaan, cara melukis dan mewarna. Ianya bukan tertumpu sekadar melihat atas dasar cantiknya rekaan fesyen tersebut. Ilustrasi rekaan lebih menekankan bagaimana hendak menterjemahkan teknik melukis pada keseluruhan bermula dari gaya muka, struktur badan dan bentuk posture figura, alunan fabrik, corak fabrik, rekaan pakaian dan teknik mewarna supaya ilustrasi dapat terhasil dengan sempurna dan berkesan.


3.    ELEMEN DAN PRINSIP REKAAN
            Terdapat enam elemen dan prinsip rekaan apabila melakukan kerja-kerja seni. Ini adalah faktor asas kerana elemen rekaan akan mencantikkan karya seni.


3.1 Garisan
Diapalikasikan untuk mencipta berbagai-bagai rupa, jalinan, ton warna dan corak. Ia juga dapat menghasilkan ruang, bentuk dan pergerakan. Garisan merupakan cantuman antara titik yang digerakkan dari satu arah. Ia wujud dalam pelbagai kesan samada lurus, bengkok, tebal, nipis, bergerigi dan sebagainya mengikut kehendak pereka.


3.2 Bentuk
            Mempunyai lebih dari satu permukaan datar. Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Berubah mengikut arah pandangan dikenali sebagai bentuk konkrit yang bersifat tiga (3) dimensi. Terdapat satu jenis bentuk lagi yang dipanggil sebagai bentuk ilusi. Imej yang terbentuk dalam keadaan dua (2) dimensi (2D) ini telah direka atas satu permukaan yang rata tetapi dapat menggambarkan bentuk (3D) yang sebenar.


            3.3  Tekstur
                Kesan atau sifat yang terdapat pada sesuatu permukaan yang boleh dilihat dengan mata kasar dan sentuhan. Tekstur / jalinan pada objek alam atau benda buatan manusia membuatkan objek-objek tersebut lebih cantik dan menarik.

                              i.         Jalinan pandangan mata kasar
Kesan hanya dapat dilihat tetapi tidak boleh dirasai melalui sentuhan.
Contoh : kertas pembalut hadiah, kulit tembikai , corak pada fabrik dan lain-lain.
                             ii.         Jalinan sentuh
Dapat dirasai melalui deria sentuh apabila di pegang akan terasa kasar , licin dan lain-lain.
Contoh : permukaan tapak kasut , permukaan kulit kayu permaidani.

3.4  Rupa
            Adalah pertemuan antara dua titik. Satu kawasan yang rata atau berbeza yang dilingkari oleh garisan-garisan luar. Boleh diolah dalam bentuk positif dan negatif.
            Terdapat dua jenis rupa iaitu :

                               i.        Rupa geomatik
                              ii.        Rupa organik


3.5  Warna
            Tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna mampu mempengaruhi perasaan dan emosi. Warna wujud dalam pelbagai kelompok yang berbeza iaitu warna asas, sekunder, dan tertier. Fungsi warna adalah untuk menimbulkan rupa, jalinan dan dapat menimbulkan bentuk dan ruang.


4.            RUANG
            Kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek. Perbezaan saiz objek dapat menimbulkan ruang dekat dan jauh. Objek yang berada di hadapan akan kelihatan besar berbanding objek yang sama tetapi jika diletak dibelakangnya adalah lebih kecil. Maka kesan ruang akan terserlah apabila sesuatu rekaan dibuat jika unsur-unsur warna digabungkan.

4.1          Prinsip rekaan dalam ilustrasi

                              i.          Rhythm ( irama/ rentak)
                             ii.          Keseragaman ( harmony)
                            iii.          Seimbang ( balance )
                           iv.          Berkadaran ( proportion )
                            v.          Visual penekanan ( emphasis )

1 comment: